- Back to Home »
- Pendahuluan
Posted by : Mrunknown
Friday, April 15, 2016
Pendahuluan
Latihan
Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas setiap
pelajar di seluruh Politeknik di Malaysia khususnya Politeknik Balik Pulau bagi
penganugerahan diploma Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Pelajar akan
menjalani Latihan Industri sama ada di sektor awam ataupun swasta pada semester
yang keempat iaitu selama 4 bulan. Tujuannya bagi memberi peluang kepada
pelajar-pelajar politeknik untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan
diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang pelajar menjalani latihan
industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik
oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat.
Pelajar akan diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam alam pekerjaan
yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang teknologi
maklumat. Dengan pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari
lebih dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan mereka
disepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.
Hasil daripada latihan industri ini,Politeknik Balik Pulau kelak dapat
melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat
yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan
matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan
berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan
oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.
Pendahuluan
Latihan
Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas setiap
pelajar di seluruh Politeknik di Malaysia khususnya Politeknik Balik Pulau bagi
penganugerahan diploma Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Pelajar akan
menjalani Latihan Industri sama ada di sektor awam ataupun swasta pada semester
yang keempat iaitu selama 4 bulan. Tujuannya bagi memberi peluang kepada
pelajar-pelajar politeknik untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan
diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang pelajar menjalani latihan
industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik
oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat.
Pelajar akan diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam alam pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat. Dengan pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan mereka disepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.
Hasil daripada latihan industri ini,Politeknik Balik Pulau kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.

Salam bro... boleh x nak softcopy laporan project ni.. nak buat contoh la...
ReplyDelete