Posted by : Mrunknown Friday, April 15, 2016

Pendahuluan


Latihan Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh Politeknik di Malaysia khususnya Politeknik Balik Pulau bagi penganugerahan diploma Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Pelajar akan menjalani Latihan Industri sama ada di sektor awam ataupun swasta pada semester yang keempat iaitu selama 4 bulan. Tujuannya bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang pelajar menjalani latihan industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat.

Pelajar akan diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam alam pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat. Dengan pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan mereka disepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.

Hasil daripada latihan industri ini,Politeknik Balik Pulau kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.


{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Salam bro... boleh x nak softcopy laporan project ni.. nak buat contoh la...

    ReplyDelete

- Copyright © Laporan Akhir Latihan Industri Diploma in Programming - Skyblue - Powered by Blogger -Own By Badrul Afif Imran -