copyright protected. Owner By Badrul Afif Imran. Powered by Blogger.

About us

Blog Archive

Translate

Blogroll

Popular Posts

Facebook

BTemplates.com

Utama


JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 

 LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 

 BADRUL AFIF IMRAN BIN BATHURUZZAMAN
21DIP14F1139

 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN) 


PRYMAX TECHNOLOGIES SDN BHD
No 23A-1, Jalan Dinar B U3/B,
Subang Perdana, 40150 Shah Alam,
Selangor D.E. MALAYSIA


POLITEKNIK BALIK PULAU

Pendahuluan

Pendahuluan


Latihan Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh Politeknik di Malaysia khususnya Politeknik Balik Pulau bagi penganugerahan diploma Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Pelajar akan menjalani Latihan Industri sama ada di sektor awam ataupun swasta pada semester yang keempat iaitu selama 4 bulan. Tujuannya bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang pelajar menjalani latihan industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat.

Pelajar akan diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam alam pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat. Dengan pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan mereka disepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.

Hasil daripada latihan industri ini,Politeknik Balik Pulau kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.


PENGHARGAAN DAN DEDIKASI

PENGHARGAAN DAN DEDIKASI




Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan adanya latihan industri seperti ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat perkejaan kelak.

Saya, Badrul Afif Imran Bin Bathuruzzaman, pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan di Politeknik Balik Pulau sebagai pelajar Politeknik mesti lulus dalam peperiksaan akhir semester empat iaitu Latihan Industri, para pelajar akan dihantar ke pelbagai organisasi kerajaan atau swasta. Walaubagaimanapun, tempat latihan yang sesuai atau yang diigini oleh pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar .

Kekosongan tempat latihan yang dipohon.

Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar di institusi pengajian.





Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan berjaya.



Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu yang sering membantu saya sepanjang menjalani latihan industri serta meyiapkan blog ini. Pertama sekali kepada En Shamsul Shahimi Bin Aminuddin salah seorang pergaturcara di Prymax Technologies Sdn Bhd yang telah banyak menberi tunjuk ajar kepada saya . Terima kasih juga kepada En Muhd Saiful Ridhwan Bin Jaafar salah seorang pergaturcara di Prymax Technologies kerana memberi dorongan sepanjang latihan industri ini.

         Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulauiaitu Puan Nur Fairuz Afni Binti Ahmad Faizal dan Puan Nur Syuhada Binti Mohamad Rodzi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Prymax Technologies Sdn Bhd. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

Sekian, Terima Kasih



DEDIKASI
             Khusus untuk ayah saya iaitu Bathuruzzaman Bin Abdul Razak serta seisi keluarga yang telah banyak memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada saya. Kepada staf Prymax Technologies Sdn Bhd yang tidak dilupa, telah memberi peluang saya berada disini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT(PROGRAMMING)yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan ini.



PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”

Tandatangan          : ………………………………...
Nama Pelajar         : BADRUL AFIF IMRAN BIN BATHURUZZAMAN
No. Pendaftaran    : 21DIP14F1139


Tarikh                     : …………………………………..






Objektif Laporan Latihan Industri

Antara  objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan latihan industri ini adalah seperti berikut: 
  • Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani latihan industri.
  • Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
  • Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
  • Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa latihan industri.  
  • Sebagai rujukan selepas menjalani latihan industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.

Kepentingan Latihan Industri Terhadap Pelajar

Latihan industri adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil.  Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan.  Dengan adanya latihan industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industri.
 

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan.  Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan. 
Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan. Melalui latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.  

Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:   
  • Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan. 
  • Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak. 
  • Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar. 
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik atara pekerja  dan kakitangan sesebuah organisasi. 
  • Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya. 
  • Mengamakan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri. 
  • Membina keyakinan diri.
  • Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan. 
  • Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

Objektif Latihan Industri


Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ini diperakui untuk penganugerahan diploma dimana-mana pusat pengajian. Pelajar akan ditempatkan di jabatan - jabatan kerajaan atau syarikat - syarikat swasta selama 20 minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat pengajian. Pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi.  Oleh itu, antara tujuan utama latihan industri ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar apabila para pelajar tamat belajar di Politeknik nanti.

Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan atau teori yang berkaitan dengan bidang yang diambil ketika berada di Politeknik semasa menjalankan latihan industri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan idea sendiri yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan di tempat kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap sesuatu tugasan serta keseimbangan dari pelbagai aspek.


Di samping itu, dengan mengikuti latihan industri, pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran rasional dalam menangani sebarang masalah. Semasa menjalankan latihan industri, para pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap tugasan yang diberi oleh majikan. Pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang dihadapi.
             
Semoga dengan adanya latihan industri ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan Malaysia di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

Kesimpulannya, objektif dalam menjalani latihan industri ini adalah untuk: 
  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  • Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
  • Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
  • Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan semasa latihan industri.
  • Meningkatkan sikap jujur , amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diterima.
  • Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan. 
  • Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang dipilih.
  • Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

    Laporan Aktiviti Minggu 1 - 5

    MINGGU
                                 AKTIVITI
    MINGGU 1
    30/11 – 4/12
    •            Melapor diri di Prymax Technologies
    •            Sesi Berkenalan bersama Staf dan Pelajar Praktikal di Prymax Technologies
    •            Diterangkan peraturan, waktu bekerja, kod pemakaian
    •            Menginstall Visual Studio
    •            Menginstall Microsoft SQL Server 2012
    •            Mempelajari Cara – cara crimping UTP cabel RJ45 Ethernet cable

    MINGGU 2
    7/12 – 11/12
    • Membuat lawatan ke site
    • - Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)
    • Menginstall Adobe Dreamweaver
    • Membina template website untuk JPA
    • Mengkaji contoh website yang interaktif
    • Mempelajari kegunaan bootstrap dalam membina website
    MINGGU 3
    14/12 – 18/12

    • Membuat beberapa contoh design website untuk  di persembahkan

    MINGGU 4
    21/12 – 25/12
    • Mempersembahkan final design website untuk JPA

    • Mengadakan meeting untuk membincangkan projek baharu
    • Mempelajari coding asas untuk Microsoft SQL Server
    • Memahami cara-cara membuat dan mengubah coding dalam database
    MINGGU 5
    28/12 – 1/1
    • Mempelajari dan memahami database MLNG
    • Menginstall Crystal Report untuk  membuat laporan MLNG
    • Membuat slide presentation untuk JPA User Manual
    • -Super Admin
    • -Admin
    • -User
    • Cuti “ NEW YEAR”


    Laporan Aktiviti Minggu 6-10






    MINGGU
                                AKTIVITI
    MINGGU 6
    4/1-8/1
    Presentation untuk JPA user manual
    Tahap
    - User
    Menghantar supplies ke Sime Darby Ara Damansara
    Membuat coding MLNG
    -cardholder report mengunakan Crystal Report
    MINGGU 7
    11/1-15/1
    Membuat coding MLNG
    -cardholder with badge report mengunakan Crystal Report
    Create view untuk cardholder with badge
    Mengedit coding cardholder with badge
    MINGGU 8
    18/1-22/1
    Membuat coding MLNG
    -cardholder without badge report mengunakan Crystal Report
    Create view untuk cardholder without badge
    Mengedit coding cardholder without badge
    MINGGU 9
    25/1-29/1
    Menghantar supplies ke Sime Darby
    -Ara Damansara
    -Putra Height
    -Bukit Jelutong
    MINGGU 10
    1/2-5/2
    Membuat coding MLNG
    -badge status report mengunakan Crystal Report
    Create view untuk badge status
    Mengedit coding badge status

    Laporan Aktiviti Minggu 11-15

    MINGGU
                                AKTIVITI
    MINGGU 11
    8/2-12/2
    Menghantar supplies ke Sime Darby
    -Ara Damansara
    -Putra Height
    -Elmina,Denai Alam
    -Bukit Jelutong
    Pemasangan CCTV di Villa Safira

    MINGGU 12
    15/2-19/2
    Mengupdate Jurnal Refleksi
    Pemantauan pensyarah dari Politeknik Sabak Bernam
    MINGGU 13
    22/2-26/2
    Lawatan ke tapak bina untuk projek pemasangan CCTV di Aktio Malaysia Sdn Bhd
    Perbincangan lokasi strategik untuk projek pemasangan CCTV di Aktio Malaysia Sdn Bhd
    Mengukur jarak cable yang diperlukan pemasangan CCTV di Aktio Malaysia Sdn Bhd
     
    MINGGU 14
    29/2-4/3
    Membuat user manual untuk cara-cara menggunakan CCTV di Villa Safira
    Menformat laptop company
    Menginstall Window Server 2012, Crystal Reports, P2000 system
    MINGGU 15
    7/3-11/3
    Mengnaiktaraf laptop company dan laptop personal
    Menghantar supplies ke  Sime Darby 
    -Ara Damansara
    -Putra Height
    Mengupdate blog untuk laporan akhir latihan industry di Prymax Technologies

    Laporan Aktiviti Minggu 16-20

    MINGGU
                                AKTIVITI
    MINGGU 16
    14/3-18/3
    Format dan mengnaiktaraf laptop company
    -Menginstall program yang diperlukan
    Membuat flowchart untuk TAMSDailyLoader_RERUN.xml
    MINGGU 17
    21/3-25/3
    Membuat flowchart untuk TAMSDailyLoader.xml
    Menaiktaraf laptop personal
    -penambahan secondary Harddisk
    MINGGU 18
    28/3-1/4
    Menghantar Supplies di Sime Darby
    -Ara Damansara
    -Bukit Jelutong
    -Denai Alam
    -Putra Height
    MINGGU 19
    4/4-8/4
    Pemasangan Wireless Access Point(AP) di Pengkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Sg.Besi
    Setup fixed ip untuk AP di TUDM Sg.Besi
    Setup router di TUDM Sg.Besi
    MINGGU 20
    11/4-15/4
    Mengkemaskini kandungan blog untuk laporan akhir latihan industri di Prymax Technologies untuk presentation

    - Copyright © Laporan Akhir Latihan Industri Diploma in Programming - Skyblue - Powered by Blogger -Own By Badrul Afif Imran -