Posted by : Mrunknown Friday, April 15, 2016

PENGHARGAAN DAN DEDIKASI




Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan adanya latihan industri seperti ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat perkejaan kelak.

Saya, Badrul Afif Imran Bin Bathuruzzaman, pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan di Politeknik Balik Pulau sebagai pelajar Politeknik mesti lulus dalam peperiksaan akhir semester empat iaitu Latihan Industri, para pelajar akan dihantar ke pelbagai organisasi kerajaan atau swasta. Walaubagaimanapun, tempat latihan yang sesuai atau yang diigini oleh pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar .

Kekosongan tempat latihan yang dipohon.

Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar di institusi pengajian.





Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan berjaya.



Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu yang sering membantu saya sepanjang menjalani latihan industri serta meyiapkan blog ini. Pertama sekali kepada En Shamsul Shahimi Bin Aminuddin salah seorang pergaturcara di Prymax Technologies Sdn Bhd yang telah banyak menberi tunjuk ajar kepada saya . Terima kasih juga kepada En Muhd Saiful Ridhwan Bin Jaafar salah seorang pergaturcara di Prymax Technologies kerana memberi dorongan sepanjang latihan industri ini.

         Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulauiaitu Puan Nur Fairuz Afni Binti Ahmad Faizal dan Puan Nur Syuhada Binti Mohamad Rodzi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Prymax Technologies Sdn Bhd. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

Sekian, Terima Kasih



DEDIKASI
             Khusus untuk ayah saya iaitu Bathuruzzaman Bin Abdul Razak serta seisi keluarga yang telah banyak memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada saya. Kepada staf Prymax Technologies Sdn Bhd yang tidak dilupa, telah memberi peluang saya berada disini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT(PROGRAMMING)yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan ini.



PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”

Tandatangan          : ………………………………...
Nama Pelajar         : BADRUL AFIF IMRAN BIN BATHURUZZAMAN
No. Pendaftaran    : 21DIP14F1139


Tarikh                     : …………………………………..






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Laporan Akhir Latihan Industri Diploma in Programming - Skyblue - Powered by Blogger -Own By Badrul Afif Imran -