Posted by : Mrunknown Friday, April 15, 2016

Latihan industri adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil.  Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan.  Dengan adanya latihan industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industri.
 

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan.  Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan. 
Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan. Melalui latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.  

Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:   
  • Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan. 
  • Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak. 
  • Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar. 
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik atara pekerja  dan kakitangan sesebuah organisasi. 
  • Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya. 
  • Mengamakan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri. 
  • Membina keyakinan diri.
  • Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan. 
  • Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Laporan Akhir Latihan Industri Diploma in Programming - Skyblue - Powered by Blogger -Own By Badrul Afif Imran -